Responsive Ad Slot

Slider

Resepi Rendang Daging Sedap dari Ayam Brand

Tempoh memasak: 2 jam Hidangan: 8 Bahan-bahan Rempah 3 bunga cengkih 3 bunga lawang 3 buah pelaga 2 asam jawa 5 daun limau purut dihiris halus 8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan) 1 batang kayu manis 1 sudu besar gula melaka secukup rasa Garam secukup rasa Pes (kisar halus) 2.5cm lengkuas, dihiris 3 batang serai, akar sahaja, dihiris 7 ulas bawang putih, dihiris 6 bawang merah, dihiris 2.5cm halia, dihiris 12 cili kering, dibuang biji dan dihiris Daging 1kg daging lembu, dipotong kiub Santan Kelapa 1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda Minyak untuk menggoreng 1 cawan air Cara memasak Kisar bahan pes menggunakan blender. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.

Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8

Bahan-bahan

Rempah
  • 3 bunga cengkih
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 2 asam jawa
  • 5 daun limau purut dihiris halus
  • 8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu besar gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Pes (kisar halus)
  • 2.5cm lengkuas, dihiris
  • 3 batang serai, akar sahaja, dihiris
  • 7 ulas bawang putih, dihiris
  • 6 bawang merah, dihiris
  • 2.5cm halia, dihiris
  • 12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Daging
  • 1kg daging lembu, dipotong kiub

Santan Kelapa
  • 1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 cawan air

Cara memasak
  • Kisar bahan pes menggunakan blender.
  • Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  • Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah.
  • Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
  • Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
  • Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka.
  • Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah.
  • Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering.
  • Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.