Home F&B McDonald's Malaysia McDonald’s Malaysia membayar zakat berjumlah RM1 juta bagi tahun 2020
Home F&B McDonald's Malaysia McDonald’s Malaysia membayar zakat berjumlah RM1 juta bagi tahun 2020

McDonald’s Malaysia membayar zakat berjumlah RM1 juta bagi tahun 2020

Rangkaian restoran ini memenuhi kewajipan zakat bagi tahun ini kepada semua 14 negeri di Malaysia

(kiri ke kanan) Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia menyampaikan pembayaran zakat perniagaan RM175,000 kepada Saipolyazan M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor.

McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan berjumlah RM1 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia. Pembayaran itu, yang dicatatkan untuk tahun 2020, menandakan tahun keempat McDonald’s Malaysia membayar zakat, sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

McDonald’s Malaysia telah menyampaikan zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di dua majlis berasingan minggu ini.

“Sebagai entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ia adalah tuntutan keagamaan untuk kami membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami mula membayar zakat sejak 2017 setelah diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

“Zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam, dan sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan operasi lebih daripada 300 restoran di seluruh negara ini, menjangkau komuniti di tempat kami beroperasi sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA kami. Kami berharap sumbangan kami kepada semua 14 negeri akan terus membantu golongan miskin di seluruh negara, terutamanya dalam suasana hidup semasa yang penuh dugaan ini,” tambah Azmir.

Pada tahun 2019, McDonald’s Malaysia merupakan entiti perniagaan yang pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP. Sijil ini mengiktirafkan perniagaan Malaysia bagi sumbangan zakat korporat mereka di negeri-negeri Wilayah Persekutuan. Sijil-sijil ini sedia terpamer di 40 restoran-restoran McDonald’s Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

(kiri ke kanan) Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia menyampaikan pembayaran zakat perniagaan RM175,000 kepada Saipolyazan M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor.

Selain itu, McDonald’s Malaysia juga menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Lembaga Zakat Selangor pada Oktober tahun ini. Sijil-sijil pengiktirafan ini sedia terpamer di 95 restoran McDonald’s di Selangor.

Sijil-sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat melengkapi Pensijilan Halal yang sedia dimiliki McDonald’s Malaysia.

Syarikat ini bekerja rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus menegakkan komitmen Halal kepada para pelanggannya dalam semua aspek perniagaan. Penglibatan aktif syarikat ini dalam pelbagai program Halal sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST, dan Sidang Kemuncak Halal Sedunia.

“Sebagai restoran khidmat segera pertama di Malaysia yang menerima pensijilan halal daripada JAKIM, Halal di McDonald’s Malaysia merangkumi seluruh rantaian bekalan sumber dan operasi, daripada rasa makanan dan bahan ramuan halal, hingga kebersihan restoran dan program komuniti yang syarikat turut serta,” kata Azmir.

Untuk memastikan standard halal yang ketat sentiasa dipatuhi di McDonald’s Malaysia, syarikat ini telah membentuk Jawatankuasa Halal Dalaman pada tahun 2013. Jawatankuasa ini ditugaskan untuk memantau pematuhan sepenuh secara menyeluruh melalui audit dan pemeriksaan mengikut tatatertib Halal yang digariskan JAKIM -- terdiri daripada anggota-anggota yang mewakili Lembaga Pengarah, Rantaian Bekalan, Jaminan Kualiti, Operasi, Sumber Manusia, dan Pemasaran. Dua pakar luar juga terlibat sebagai Penasihat Syariah.

You May Also Like