Home Ash Review REVIEW: Resepi Kari Ayam Mudah Dengan Rencah 123
Home Ash Review REVIEW: Resepi Kari Ayam Mudah Dengan Rencah 123

REVIEW: Resepi Kari Ayam Mudah Dengan Rencah 123



Kari ayam memang salah satu lauk yang kita boleh dapat dekat mana-mana. Tapi bila nak masak sendiri sememangnya kita perlukan pengalaman, bercakap mengenai pengalaman saya punya pengalaman masak kari ayam bagi saya sangatlah rumit. Kadang jadi kadang tidak sampaikan saya punya tahap merajuk nak masak kari ayam tu sampai saya tak nak masak sebulan!

Pelbagai perencah ataupun pes kari ayam yang terdapat di kedai tetapi tak semua kena dengan citarasa kita. Ada pes yang kurang rempah, ada perencah yang terlebih rempah, dan tak semua perencah yang ada di kedai semudah yang diwar-warkan. Jadi meh saya nak perkenalkan produk Rencah 123, masakan kita kini semudah 123!


 
Produk Rencah 123 ni bukan hanya ada perencah kari sahaja, ada 10 jenis perencah yang akan memudahkan masakan anda. Tapi harini saya nak berkongsikan ataupun review saya memasak kari ayam menggunakan Rencah 123.

Sebelum itu, saya nak beritahu Rencah 123 ini hanya boleh didapat di etyhlnstore. Haa sekarangkan tengah hangat dengan membeli barang secara online lagi-lagi dengan situasi pandemik Covid-19 ni. Nak beli pun mudah, pilih, masuk ke cart and check out. Sememangnya mudah lah!

Nak masak kari ayam ni, secara tradisionalnya memang memerlukan banyak rempah ratus walaupun kita ada serbuk kari. Nak tunggu naik minyak dan pastikan rempah tak hangus lagi, sangat memerlukan kesabaran dan boleh kata rumit juga dari pengalaman saya.

Tetapi dengan Rencah 123 yang semudah 123 ni sekarang kita masih bekerja dari rumah, saya boleh multitasking masak kari ayam sambil buat kerja. Nampak tak betapa mudahnya dengan Rencah 123. Saksikan video dibawah untuk tengok betapa mudahnya nak masak kari dengan Rencah 123 ni.


Semudah 123 bukan? Rasa dia jangan ceritalah, sememangnya cukup rasa mengikut citarasa saya. Orang kata kari ni lebih sedap keesokannya tapi saya selalu habiskan terus sebab Kari Ayam menggunakan Rencah123 ni sangatlah mudah dan sedap jadi tak perlu nak simpan-simpan sebab boleh buat lagi!

Ini dia saya kongsikan resepi kari ayam mudah menggunakan Rencah 123:

Bahan-bahan:
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Ayam
  • Perencah Kari Rencah 123
  • Santan kotak
  • Air
 
Cara memasak:
  • Panaskan air didalam periuk sehingga menggelegak
  • Masukkan Perencah Kari Rencah 123 dan kacau sedikit bagi sebati
  • Masukkan kentang, lobak merah dan ayam
  • Selepas beberapa minit masukkan santan kotak
  • Tunggu sehingga kesemua bahan masak
  • Sedia untuk dihidang
 
Setiap pek Rencah 123 boleh digunakan untuk hidangan seramai 5-6 orang. Sangatlah jimat, boleh disimpan didalam peti sejuk untuk kegunaan mudah.

Dapatkan sekarang hanya di:

Juga follow Rencah123 di media sosial untuk cara dan tips memasak menggunakan Rencah 123 semudah 123 di:





You May Also Like