Home Samsung Galaxy Technology Samsung Galaxy S22 Ultra Mencapai Kemuncak Rekabentuk Peranti Mudah Alih Premium
Home Samsung Galaxy Technology Samsung Galaxy S22 Ultra Mencapai Kemuncak Rekabentuk Peranti Mudah Alih Premium

Samsung Galaxy S22 Ultra Mencapai Kemuncak Rekabentuk Peranti Mudah Alih Premium

Galaxy S22 Ultra membayangkan semula pengalaman mudah alih dengan menggabungkan ciri terbaik pada siri Note dan S - kamera, prestasi dan ketersambungan terbaik yang tersedia pada telefon pintar Galaxy



Samsung Electronics Co., Ltd. kini memperkenalkan Galaxy S22 Ultra, peranti mercu terbaru dalam siri Galaxy S. Peranti ini menggabungkan legasi daripada dua siri peranti pintar Samsung iaitu siri Note dan siri S dimana hasilnya bakal mentakrifkan semula maksud peranti mudah alih yang berprestasi premium. Menampilkan ciri-ciri seperti S Pen terbina, keupayaan Nightography dan video termaju serta hayat bateri yang panjang dan mampu bertahan lebih dari sehari, Galaxy S22 Ultra adalah peranti rekaan Samsung yang betul-betul Ultra.

"Di Samsung, kami sentiasa terdorong untuk meningkatkan kualiti pada peranti premium kami," kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan MX (Mobile eXperience) Samsung Electronics. “Dengan Galaxy S22 Ultra, kami telah menyepadukan fungsi terbaik Galaxy Note, seperti stylus S Pen, dengan ciri-ciri siri S yang digemari ramai. Dengan ini kami berjaya menawarkan suatu pengalaman peranti mudah alih yang sesuai dengan pelbagai mod penggunaan, dari keupayaan mencipta kandungan sehingga ke keperluan prestasi pemprosesan tinggi. Pengalaman pengguna yang ditawarkan menerusi peranti ini bukan sahaja unik malah menetapkan piawaian baharu bagi rekabentuk telefon pintar yang terkini.”

Telefon Siri S Samsung Yang Paling Perkasa
Buat pertama kalinya, S Pen yang digemari pengguna Note akan hadir bersama peranti siri S. Berkat S Pen yang meneruskan legasi produktiviti dan keterciptaan yang dipelopori siri Galaxy Note, Galaxy S22 Ultra ternyata melangkaui batasan kemampuan segala peranti mudah alih yang sebelumnya. Lebih-lebih lagi, S Pen telah ditambahbaik, menjadikannya lebih pantas dan lebih responsif. Dengan masa pendam 70% lebih rendah[1] berbanding model sebelumnya, anda kini boleh meneroka kreativiti anda dengan sepenuhnya pada keseluruhan paparan S22 Ultra anda.

Rekabentuk luaran Galaxy S22 Ultra juga menjunjung penampilan telefon ini ke aras peranti Samsung yang paling mewah. Kontur bentuk yang sekian lama dikaitkan dengan keanggunan binaan Galaxy Note kini hadir pada S22 Ultra, dilengkapkan lagi dengan kemasan ‘haze finishing’ dan kanta kamera yang bersepadu dengan bingkai logam telefon. Galaxy S22 Ultra hadir dalam empat pilihan warna yang berilhamkan alam semula jadi, termasuk Phantom Black, Phantom White, Green dan, yang terkini untuk S22 Ultra, Burgundy[2] .

Pengalaman Kamera Revolusioner, Dari Siang Sehingga Ke Malam
Penggambaran foto atau video di bawah pelbagai keadaan pencahayaan tidak lagi menjadi masalah dengan ciri penggambaran revolusioner ‘Nightography’ yang turut hadir pada kesemua peranti siri Galaxy S22. S22 Ultra dilengkapi dengan sensor kamera berukuran 2.4um; sensor ini bukan sahaja merupakan yang terbesar pernah terbina dalam peranti Samsung malah khusus direka untuk memudahkan penggambaran dalam suasana pencahayaan malap. Dipadankan dengan lensa Super Clear Glass S22 Ultra, kandungan rakaman anda dijamin lebih cerah, tanpa silauan, bermaya dan kaya dengan butiran halus. Tambahan lagi, ciri Auto Framing juga hadir untuk memudahkan rakaman video secara berkumpulan sehingga ke 10 orang[3] .

Kamera Galaxy S22 Ultra ini juga terbina dengan kecerdasan AI yang membolehkan hasil penggambaran yang setara dengan tangkapan gambar menerusi kamera DSLR. Selain daripada kemampuan zum Space Zoom sehingga 100x kali ganda[4] , Galaxy S22 Ultra bukan sahaja memberi anda pilihan untuk merakam gambar dalam format RAW sehingga ke 16bit, malah menawarkan akses eksklusif kepada aplikasi Expert RAW yang penuh dengan pelbagai alatan penyunting. Bagi pengguna yang berkecenderungan melakukan penggambaran secara profesional, Galaxy S22 Ultra turut menawarkan pelbagai kawalan kamera seperti tetapan ISO, kelajuan pengatup, imbangan putih dan juga kemampuan fokus secara manual - persis seperti sebuah kamera DSLR.

Kuasa dan Prestasi Tanpa Batas
Galaxy S22 Ultra didukung pemproses 4nm yang julung kali terbina dalam telefon pintar Galaxy. Pemproses ini khas meyokong teknologi AI dan ML terkini untuk mengoptimumkan segala keperluan seharian anda - tidak kira sama ada anda sedang bekerja, beriadah, menstrim rancangan kegemaran ataupun ketiga-tiganya sekali! Peranti ini juga menampilkan Wi-Fi 6E yang mempunyai kecekapan dua kali ganda berbanding sambungan Wi-Fi 6[5] . Lakukan apa sahaja dengan cekap kerana bateri Galaxy SS2 Ultra yang lasak mampu bertahan lebih daripada sehari dengan hanya sekali cas[6] . Galaxy S22 Ultra juga menawarkan pengecasan super-pantas 45W di mana dengan hanya berbekalkan cas 10 minit[7] , anda dapat kuasa yang cukup untuk merakam video sepanjang 50 minit.

Paparan 6.8-inci[8] , Dynamic AMOLED 2X Galaxy S22 Ultra juga optimal bagi mereka yang lazim menikmati mahupun mencipta kandungan. Dengan penampilan skrin yang mencapai kecerahan puncak 1,750nits, sebarang kandungan yang terpapar dijamin jelas dan penuh bermaya. Lebih-lebih lagi, teknologi Vision Booster yang melaraskan kecerahan skrin mengikut kesesuaian pencahayaan akan memastikan anda kekal menerima paparan terbaik walaupun di bawah terik matahari.

Selaras dengan jaminan kami untuk memberikan pengalaman pengguna yang terunggul, keseluruhan siri Galaxy S22 turut akan disokong kemaskini OS Android sehingga ke empat generasi peranti[9] . Dengan ini, jutaan pengguna peranti Galaxy di seluruh negara akan dilindungi oleh ciri keselamatan terkini, disamping menikmati prestasi produktiviti dan ciri peranti terkini untuk tempoh masa yang lebih lama. Samsung berazam akan mengembangkan usaha ini ke seluruh barisan produk kami untuk memanfaatkan pengguna merentas ekosistem Galaxy.

Perlindungan Sekuriti Yang Menyeluruh
Siri Galaxy S22 dilindungi oleh platform keselamatan Knox Vault yang berfungsi mengasingkan data sensitif anda - seperti kata laluan, biometrik atau kekunci Blockchain - daripada sistem pengendalian telefon utama dengan menggunakan pemproses dan memori khusus. Sistem keselamatan yang menyeluruh ini membolehkan pengguna mengawal segala aplikasi yang mengakses data ataupun kamera anda hanya dengan merujuk kepada antaramuka privasi One UI. Selain itu, siri Galaxy S22 juga terbina dengan ciri-ciri keselamatan baru, termasuk ARM microarchitecture yang berfungsi mencegah serangan atas talian ke atas sistem pengendalian dan memori peranti anda.

Siri Galaxy S22 juga membawa Samsung Wallet[10] , suatu kemudahan dompet atas talian bersepadu yang boleh digunakan untuk menyimpan kad pengenalan, tiket perjalanan, pelbagai lesen, dan kunci digital milik pengguna.

Kekal Terhubung dengan Galaxy Ecosystem
Selain daripada siri peranti Galaxy S22, Samsung juga akan memperkenalkan siri tablet serba baharu bersama-sama dengan ciri teknologi Galaxy Watch4 yang telah dikemaskini. Siri Galaxy Tab S8– termasuk Tab S8, Tab S8+ dan Tab S8 Ultra – adalah siri tablet Samsung yang paling berkeupayaan serba boleh dan direka khas untuk mendukung gaya hidup kini yang selalu berhubung.

Ketersediaan
Mulai 10 Februari 2022, Galaxy S22 Ultra akan dijual secara meluas menerusi Samsung.com/my, syarikat rangkaian telekomunikasi utama dan pengedar dalam talian. Pilihan warna dan memori bagi peranti tersebut adalah seperti berikut:

  • Galaxy S22 Ultra: Phantom Black, Phantom White, Green dan Burgundy dalam model 128GB, 256GB dan 512GB

Model

RRP

Warna

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 512GB

RM 5,899

Phantom Black, Phantom White Green, Burgundy

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 256GB

RM 5,499

Phantom Black, Phantom White, Green, Burgundy

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 128GB

RM 5,099

Phantom Black, Phantom White Green, Burgundy


Kesemua peranti dalam siri Galaxy S22 akan diliputi perlindungan Samsung Care+[11] , perkhidmatan sokongan untuk sebarang kerosakan tidak sengaja, pembaikan dan banyak lagi. Sila layari https://www.samsung.com/my/, http://www.samsungmobilepress.com, https://news.samsung.com/my/ atau https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22-ultra/buy/ untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy S22 Ultra.

[1] Dibandingkan dengan Galaxy S21 Ultra.
[2] Ketersediaan mungkin berbeza mengikut pasaran.
[3] Auto Framing hanya tersedia dalam mod Video. Auto Framing mesti diaktifkan sebelum merakam. Resolusi dan nisbah tertentu mungkin tidak disokong. Fungsi tertentu mungkin tidak tersedia apabila Auto Framing diaktifkan. Hanya orang yang dapat dikenali, dan terdapat had untuk bilangan orang yang boleh dikesan. Tersedia pada Samsung Camera, BlueJeans, Google Duo, Meta Messenger, Google Meet, Microsoft Teams, Cisco Webex Meet dan Zoom. Auto-frame tersedia pada lensa terpilih.
[4] 100X Space Zoom termasuk Zum Optik 10x dan zum digital 10x dengan teknologi Resolusi Super AI. Mengezum masuk melepasi 10x mungkin menyebabkan sedikit kemerosotan imej.
[5] Memerlukan sambungan optimum. Kelajuan sebenar mungkin berbeza bergantung pada negara, rangkaian dan persekitaran pengguna.
[6] Dianggarkan berbanding profil penggunaan pengguna purata/biasa. Dinilai secara bebas oleh Strategy Analytics antara 2021.12.08–12.20 di Amerika Syarikat dan UK dengan versi pra-keluaran SM-S901, SM-S906, SM-S908 di bawah tetapan biasa menggunakan rangkaian 5G Sub6 (TIDAK diuji di bawah rangkaian 5G mmWave). Hayat bateri sebenar berbeza mengikut persekitaran rangkaian, ciri dan aplikasi yang digunakan, kekerapan panggilan dan mesej, bilangan kali dicas dan banyak faktor lain. Jumlah masa penggunaan dengan peranti yang dicas penuh mungkin berbeza mengikut penggunaan.
[7] Berdasarkan keputusan Pengecasan Super Pantas daripada ujian makmal dalaman Samsung, dijalankan dengan Penyesuai Kembara 45W sementara ia mempunyai baki 0% kuasa, dengan semua perkhidmatan, ciri dan skrin dimatikan. Kelajuan pengecasan sebenar mungkin berbeza bergantung pada penggunaan sebenar, keadaan pengecasan dan faktor lain. Penyesuai Kembara 45W dijual berasingan. Gunakan hanya pengecas dan kabel yang diluluskan oleh Samsung.
[8] Ukuran paparan adalah pepenjuru; kawasan sebenar yang boleh dilihat adalah lebih kecil kerana sudut bulat dan lubang kamera.
[9] Ketersediaan dan masa naik taraf dan ciri OS Android mungkin berbeza mengikut model dan pasaran peranti. Peranti yang layak untuk empat generasi peningkatan OS Android pada masa ini termasuk siri Galaxy S22 (S22/S22+/S22 Ultra), siri S21 (S21/S21+/S21 Ultra/S21 FE), Z Fold3, Z Flip3 dan siri Tab S8 (Tab S8 /Tab S8+/Tab S8 Ultra).
[10] Samsung Wallet akan disokong pada semua siri Galaxy S22. Ciri ID Digital akan tersedia lewat tahun ini dan pas masuk dan ciri tiket akses akan muncul di Korea Selatan terlebih dahulu selepas pelancaran produk.
[11] Perlindungan Samsung Care+ mungkin berbeza mengikut negara (rantau) dan deduktibel mungkin dikenakan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.samsung.com/samsung-care-plus/

You May Also Like