Home Samsung Galaxy Technology Samsung Galaxy S22 dan S22+ Baharu Menyampaikan Pengalaman Kamera Revolusioner, Dari Siang Sehingga Ke Malam
Home Samsung Galaxy Technology Samsung Galaxy S22 dan S22+ Baharu Menyampaikan Pengalaman Kamera Revolusioner, Dari Siang Sehingga Ke Malam

Samsung Galaxy S22 dan S22+ Baharu Menyampaikan Pengalaman Kamera Revolusioner, Dari Siang Sehingga Ke Malam

Cipta, rakam dan kongsi kenangan terpilih anda menggunakan kamera berciri teknologi AI bertaraf profesional dalam siri Galaxy S terkini



Samsung Electronics Co., Ltd. kini memperkenalkan Galaxy S22 dan S22+, dua peranti mercu baharu yang bakal menzahirkan ekspresi jati diri pengguna dengan penuh kreatif. Reka bentuk Galaxy S22 dan S22+ yang terbina dengan ciri-ciri mesra alam turut memaparkan kamera dinamik yang diperkasa dengan pemproses imej pintar terkini. Dengan ini, Galaxy S22 dan S22+ bukan sahaja indah dipandang malah mampu menjamin pengalaman pengguna yang mengagumkan.

“Teknologi kamera telefon pintar telah mengubah cara kita mengekspresikan diri, mencipta dan berkongsi kandungan dan saling berhubung dengan orang yang tersayang, terutamanya melalui foto dan video,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan MX (Mobile eXperience) Samsung Electronics. "Disebabkan inilah peranti siri S terbaru siap dilengkapi dengan keupayaan teknologi kamera yang tiada bandingan. Pengalaman pengguna dan hasil penggambaran yang cemerlang jelas ternyata, baik di siang mahupun malam hari."

Kuasai Kegelapan Malam dengan Kamera Pintar Samsung yang Terkini
Galaxy S22 dan S22+ kedua-duanya mempunyai sensor kamera utama gabungan 50MP (utama), 10MP (telefoto) dan 12MP (ultra-lebar) untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti tinggi terutama sekali dalamsuasana pencahayaan yang rendah. Ciri penggambaran revolusioner ‘Nightography’ – yang merangkumi penggunaan sensor kamera bersaiz 23% lebih besar berbanding teknologi S21 dan S21+ dan juga teknologi Adaptive Pixel – membolehkan kamera anda merakam gambar yang kaya dengan butiran halus dan warna cerah, tanpa mengira keadaan pencahayaan[1] sewaktu bergambar.

Kualiti video anda pula dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru seperti Auto Framing[2], dimana fokus kamera diselaras secara automatik bagi rakaman secara berkumpulan sehingga ke 10 orang. Kedua-dua peranti tersebut juga disokong teknologi VDIS (Video Digital Image Stabilisation) yang mengurangkan gegaran ketika kamera digunakan.

Galaxy S22 dan S22+ juga dilengkapi dengan teknologi AI terbaharu, iaitu AI Stereo Depth Map. Teknologi ini cukup berkesan, terutama sekali semasa penggambaran dalam mod portret, baik untuk gambar bersubjek orang mahupun gambar haiwan perliharaan kesayangan anda. Berkat algoritma AI yang canggih ini, segala butiran yang betapa halus pun, seperti susunan bulu si comel anda, akan jelas terpapar dengan penuh terperinci.

Tingkatkan Kehidupan Seharian Dengan Penuh Kecemerlangan
Galaxy S22 dan S22+ didukung pemproses 4nm yang julung kali terbina dalam telefon pintar Galaxy. Pemproses ini khas meyokong teknologi AI dan ML terkini untuk mengoptimumkan segala keperluan penstriman dan produktiviti anda. Lebih-lebih lagi, kecekapan kuasa peranti turut dipertingkatkan menerusi analisis tingkah laku secara automatik lantas melancarkan pengalaman pengguna dengan ketara.

Namun demikian, pemproses secanggih ini memerlukan punca kuasa yang seupaya dengannya. Galaxy S22 disiapkan dengan bateri lasak sepanjang hari[3] bersertakan kebolehan pengecasan pantas 25W[4]. Galaxy S22+ pula menampilkan bateri yang mampu bertahan lebih daripada sehari dengan hanya sekali cas. Galaxy S22+ juga menawarkan pengecasan super-pantas 45W, jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk memenuhkan semula kuasa yang hampir habis.

Penstriman filem ataupun rancangan kegemaran anda kian terserlah indah pada paparan canggih Galaxy S22 dan S22+. Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan paparan Dynamic AMOLED 2X[5] yang menawarkan prestasi visual tertinggi. Kedua-dua paparan 6.1-inci premium Galaxy S22 dan 6.6-inci[6] Galaxy S22+ terbina dengan teknologi Vision Booster pintar yang menyesuaikan kecerahan dan kontras warna secara automatik mengikut suasana pencahayaan persekitaran. Selain itu, peningkatan prestasi perkakasan juga meningkatkan kecerahan paparan – S22 megah dengan kecerahan puncak 1,300nits manakala S22+ menampilkan puncak 1,750nits.

Melalui usahsama kami dengan Google, anda juga boleh menikmati perkongsian kandungan secara langsung[7] melalui Google Duo[8]. Jarak jauh tidak lagi menjadi halangan untuk berkerjasama bersama rakan – kini anda boleh berkongsi foto dalam Galeri atau saling bertukaran catitan nota dengan rakan sekerja di Samsung Notes secara langsung.

Sempurna Direka, Lasak Dibina
Galaxy S22 dan S22+ menampilkan reka bentuk Contour-Cut yang ikonik dan digemari ramai dimana bahagian kamera disepadukan dengan bingkai peranti. Skrin paparan rata ini juga dilengkapi dengan kemasan ‘haze finishing’ mewah yang membawa penampilan peranti yang moden, bergaya dan anggun. Selain itu, perumah kamera siri S juga dipadankan dengan warna badan peranti dengan bingkai logam yang tipis dan bersimetri. Samsung Galaxy S22 dan S22+ tersedia dalam warna Phantom Black, Phantom White, Green dan Pink Gold[9].

Galaxy S22 dan S22+ juga merupakan salah satu peranti siri S binaan Samsung yang paling berdaya tahan. Dengan menggabungkan binaan daripada Armor Aluminium sebagai bingkai peranti bersertakan Corning® Gorilla® Glass Victus®+ baharu di bahagian hadapan dan belakang, Galaxy S22 dan S22+ menawarkan penggunaan lasak yang lebih tahan retak dan tahan calar berbanding peranti yang sebelumnya.

Selaras dengan jaminan kami untuk memberikan pengalaman pengguna yang terunggul, keseluruhan siri Galaxy S22 turut akan disokong kemaskini OS Android sehingga ke empat generasi peranti[10]. Dengan ini, jutaan pengguna peranti Galaxy di seluruh negara akan dilindungi oleh ciri keselamatan terkini, disamping menikmati prestasi produktiviti dan ciri peranti terkini untuk tempoh masa yang lebih lama. Samsung berazam akan mengembangkan usaha ini ke seluruh barisan produk kami untuk memanfaatkan pengguna merentas ekosistem Galaxy.

Peranti siri Galaxy S juga direka untuk memudahkan penyesuaian telefon mengikut cita rasa pengguna. Anda boleh menggunakan antaramuka pengguna One UI baharu Samsung yang kemas lagi intuitif untuk memperibadikan rupa dan rasa skrin utama dan widget anda. Sesuaikan warna ikon, widget, campuran warna dan banyak lagi mengikut keperibadian cita rasa anda. One UI juga memberikan akses mudah kepada pelbagai emoji, GIF dan pelekat, supaya anda boleh meluahkan rasa hati dengan tepat dan segera[11].

Menyasar Kelestarian Hidup Dengan Galaxy for the Planet
Selaras dengan komitmen kelestarian alam sekitar kami menerusi Galaxy for the Planet, siri Galaxy S22 merupakan langkah pertama kami dalam mempelopori teknologi mudah alih di samping mendukung pembangunan mampan. Sebahagian daripada peranti Galaxy S22 – misalnya bahagian key bracket – mengandungi 20% bahan plastik yang dikitar semula[12] daripada jala ikan yang terdampar di laut[13]. Bahan kitar semula pasca pengguna yang lain juga digunakan untuk membina modul pembesar suara dan bahagian dalam butang laras audio dan butang kuasa peranti anda.

Kemasan pembungkus Galaxy S22, termasuk kotak dan filem pelindung telefon, diperbuat sepenuhnya daripada kertas dan plastik buangan yang dikitar semula. Setiap sarung telefon14 juga diperbuat daripada bahan mesra alam seperti plastik pasca-pengguna ataupun bahan berasakan biologi yang diiktiraf oleh organisasi UL.

Perlindungan Sekuriti Yang Menyeluruh
Siri Galaxy S22 dilindungi oleh platform keselamatan Knox Vault yang berfungsi mengasingkan data sensitif anda - seperti kata laluan, biometrik atau kekunci Blockchain - daripada sistem pengendalian telefon utama dengan menggunakan pemproses dan memori khusus. Sistem keselamatan yang menyeluruh ini membolehkan pengguna mengawal segala aplikasi yang mengakses data ataupun kamera anda hanya dengan merujuk kepada antaramuka privasi One UI. Selain itu, siri Galaxy S22 juga terbina dengan ciri-ciri keselamatan baru, termasuk ARM microarchitecture yang berfungsi mencegah serangan atas talian ke atas sistem pengendalian dan memori peranti anda.

Siri Galaxy S22 juga membawa Samsung Wallet[14], suatu kemudahan dompet atas talian bersepadu yang boleh digunakan untuk menyimpan kad pengenalan, tiket perjalanan, pelbagai lesen, dan kunci digital milik pengguna.

Kekal Terhubung dengan Galaxy Ecosystem
Selain daripada siri peranti Galaxy S22, Samsung juga akan memperkenalkan siri tablet serba baharu bersama-sama dengan ciri teknologi Galaxy Watch4 yang telah dikemaskini. Siri Galaxy Tab S8– termasuk Tab S8, Tab S8+ dan Tab S8 Ultra – adalah siri tablet Samsung yang paling berkeupayaan serba boleh dan direka khas untuk mendukung gaya hidup kini yang selalu berketersambungan.

Ketersediaan
Mulai 10 Februari 2022, Galaxy S22 dan Galaxy S22+ akan dijual secara meluas menerusi Samsung.com/my, syarikat rangkaian telekomunikasi utama dan pengedar dalam talian. Pilihan warna dan memori bagi kedua-dua peranti tersebut adalah seperti berikut:

  • Galaxy S22/22+: Phantom Black, Phantom White, Green dan Pink Gold untuk model 128GB dan 256GB dengan 8GB RAM

Model

RRP

Warna

Samsung Galaxy S22+ 5G 256GB

RM 4,299

Phantom Black, Phantom White, Green, Pink Gold

Samsung Galaxy S22+ 5G 128GB

RM 4,099

Phantom Black, Phantom White, Green, Pink Gold

Samsung Galaxy S22 5G 256GB

RM 3,699

Phantom Black, Phantom White, Green, Pink Gold

Samsung Galaxy S22 5G 128GB

RM 3,499

Phantom Black, Phantom White, Green, Pink Gold


Kesemua peranti dalam siri Galaxy S22 akan diliputi perlindungan Samsung Care+[15], perkhidmatan sokongan untuk sebarang kerosakan tidak sengaja, pembaikan dan banyak lagi. Sila layari https://www.samsung.com/my/, http://www.samsungmobilepress.com, https://news.samsung.com/my/ atau https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22/buy/ untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy S22 dan S22+.

[1] Adaptive Pixel hanya berfungsi dengan gambar resolusi tinggi sahaja.
[2] Auto Framing hanya tersedia dalam mod Video. Auto Framing mesti diaktifkan sebelum merakam. Resolusi dan nisbah tertentu mungkin tidak disokong. Fungsi tertentu mungkin tidak tersedia apabila Auto Framing diaktifkan. Hanya orang yang dapat dikenali, dan terdapat had untuk bilangan orang yang boleh dikesan. Tersedia pada Samsung Camera, BlueJeans, Google Duo, Meta Messenger, Google Meet, Microsoft Teams, Cisco Webex Meet dan Zoom. Auto-frame tersedia pada lensa terpilih.
[3] Dianggarkan berbanding profil penggunaan pengguna purata/biasa. Dinilai secara bebas oleh Strategy Analytics antara 2021.12.08–12.20 di Amerika Syarikat dan UK dengan versi pra-keluaran SM-S901, SM-S906, SM-S908 di bawah tetapan biasa menggunakan rangkaian 5G Sub6 (TIDAK diuji di bawah rangkaian 5G mmWave). Hayat bateri sebenar berbeza mengikut persekitaran rangkaian, ciri dan aplikasi yang digunakan, kekerapan panggilan dan mesej, bilangan kali dicas dan banyak faktor lain. Jumlah masa penggunaan dengan peranti yang dicas penuh mungkin berbeza mengikut penggunaan.
[4] Pengecas dinding dijual berasingan; hanya gunakan pengecas dan kabel yang diluluskan oleh Samsung. Untuk mengelakkan kecederaan atau kerosakan pada peranti anda, jangan gunakan bateri, pengecas atau kabel yang tidak serasi, haus atau rosak.
[5] Paparan Dynamic AMOLED 2X dengan Vision Booster pada Galaxy S22 dan S22+ menerima pensijilan daripada VDE Germany untuk 100 peratus Volum Warna Mudah Alih dalam julat warna DCI-P3, yang bermaksud imej anda tidak pudar dan anda akan mendapat warna terang yang luar biasa. tanpa mengira tahap kecerahan yang berbeza. Paparan boleh mencapai kecerahan puncak sehingga 1750 nits pada Galaxy S22+ dan 1300 nits pada Galaxy S22 menambah baik kontras antara aspek gelap dan terang kandungan digital untuk kualiti gambar yang lebih cemerlang, dengan nisbah kontras 3,000,000:1 pada Galaxy S22+ dan Nisbah kontras 2,000,000:1 pada Galaxy S22 untuk menjadikan pengalaman mudah alih anda lebih mengasyikkan.
[6] Ukuran paparan adalah pepenjuru; kawasan sebenar yang boleh dilihat adalah lebih kecil kerana sudut bulat dan lubang kamera
[7] Google Duo ialah tanda dagangan Google LLC. Hos perkongsian secara langsung tersedia kepada pengguna siri Galaxy S22 dan siri Galaxy Tab S8 pada masa pelancaran dan akan diberikan kepada pengguna peranti Galaxy lain dengan Android 12 di kemudian hari. Peserta mungkin perlu naik taraf kepada aplikasi Google Duo terkini untuk menggunakan perkongsian secara langsung. Ketersediaan aplikasi Google Duo mungkin berbeza mengikut pasaran. Memerlukan sambungan rangkaian yang optimum.
[8] Aplikasi perkongsian semasa panggilan video Google Duo ialah Google Arts & Culture, Peta Google, JamBoard, Samsung Notes, Galeri Samsung dan YouTube.
[9] Ketersediaan mungkin berbeza mengikut pasaran.
[10] Ketersediaan dan masa naik taraf dan ciri OS Android mungkin berbeza mengikut model dan pasaran peranti. Peranti yang layak untuk empat generasi peningkatan OS Android pada masa ini termasuk siri Galaxy S22 (S22/S22+/S22 Ultra), siri S21 (S21/S21+/S21 Ultra/S21 FE), Z Fold3, Z Flip3 dan siri Tab S8 (Tab S8 /Tab S8+/Tab S8 Ultra).
[11] Sesetengah kandungan mungkin berbayar.
[12] Plastik lautan ialah sisa plastik terbiar dari semua saiz (plastik mikro, plastik mezzo dan plastik makro) yang terletak dalam jarak 50km dari pantai dalam komuniti atau kawasan di mana pengurusan sisa tidak wujud atau sangat tidak cekap.
[13] Jaring ikan terbuang dibeli melalui rakan kongsi Samsung yang bekerja dengan nelayan tempatan yang mengumpulnya dari Lautan Hindi dan kawasan pantai yang berdekatan. Samsung tidak secara langsung memulihkan jaring ikan dari lautan.
[14] Samsung Wallet akan disokong pada semua siri Galaxy S22. Ciri ID Digital akan tersedia lewat tahun ini dan pas masuk dan ciri tiket akses akan muncul di Korea Selatan terlebih dahulu selepas pelancaran produk.
[15] Perlindungan
Samsung Care+ mungkin berbeza mengikut negara (rantau) dan deduktibel mungkin dikenakan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.samsung.com/samsung-care-plus/

You May Also Like