Page Nav

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Hover

TRUE

LATEST UPDATE

latest

Vida Umumkan Pelantikkan Janna Nick Sebagai Duta Terbaharu Bagi Kempen Tahun 2020

DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd melalui jenama sparkling water mereka iaitu Vida dengan bangganya mengumumkan pelantikan rasmi Janna Nick s...


DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd melalui jenama sparkling water mereka iaitu Vida dengan bangganya mengumumkan pelantikan rasmi Janna Nick sebagai duta jenama Vida bagi kempen tahun 2020 mereka. Pelantikan aktres dan penyanyi kesayangan ramai itu bertepatan dengan kempen terbaru VIDA, yang mensasarkan rakyat Malaysia yang mencari sparkling water yang berkhasiat sesuai dengan gaya hidup on-the-go tetapi masih memilih yang terbaik dalam kehidupan. #VIDA #VidaMalaysia #DydoMalaysia

Pelantikan Janna Nick Sebagai Duta Vida Tahun 2020
Pelantikan Nurul Jannah binti Muner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick sebagai duta Vida adalah bersesuaian kerana pesona jenama minuman sparkling water Vida berkait rapat dengan personaliti Janna Nick yang positif, ceria dan sentiasa mencuri tumpuan lensa kamera. Janna Nick - seorang pelakon dan penyanyi Malaysia telah menambat hati peminat hiburan Malaysia dengan keupayaan lakonan, lagunya yang berkumandang di carta-carta radio tempatan di samping bakat penngacaraannya. 

Membintangi lebih daripada 50 drama dan telemovie sejak debut pertamanya di pentas seni pada tahun 2012, Janna Nick juga telah mengeluarkan 2 lagu pop dan menjadi pengacara rancangan bual bicara hiburan nombor satu Malaysia, Melodi di TV3 sejak 2018. Repertoarnya sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara telah melonjakkan nama Janna Nick didalam industri hiburan Malaysia.

Dengan lebih 5 juta pengikut di laman Instagram, Janna Nick adalah pelakon muda yang berpengaruh dan sering menjadi tajuk utama di akhbar, berita dalam talian dan juga rancangan bual bicara kerana pencapaian kerjaya beliau. Peminat hiburan bukan sahaja menggemari personaliti beliau yang riang, positif dan juga bersahaja tetapi yang paling penting adalah kedudukannya dan kaliber sebagai pelakon dan penyanyi. 

Bakatnya diiktiraf oleh industri dan telah memenangi pelbagai anugerah berprestij antaranya Anugerah Artis Versatil dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019, Pelakon Wanita Terbaik semasa Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019, Pelakon TV Wanita Popular semasa Anugerah Bintang Popular 30 Berita Harian 2017 dan beberapa lagi anugerah TV dan Filem tanahair.

Vida adalah minuman sparkling water dari Jepun ini menawarkan pasaran Malaysia produk minuman yang diperbuat dengan ramuan yang tinggi kualiti dan menyegarkan. Pelanggan akan menggemari Vida kerana kandungan gulanya tiga kali lebih rendah dan juga bebas dari pewarna. Dalam erti kata lain, Vida adalah minuman sparkling water berperisa semula jadi dan selamat untuk dinikmati oleh semua golongan. Mendapat pengiktirafan Healthier Choice Logo (HCL) dari Malaysia dan juga Singapura, Vida didatangkan dalam 4 perisa berbeza, iaitu Clear Cider, Clear Lemon, Minty Lime dan Clear Honey dalam tin bercorak menarik bersaiz 325ml.

Vida dijual di semua rangkaian KK Mart dan 7-Eleven dan juga di stesen petrol Petronas dan BHP. Kempen pelantikkan Janna Nick sebagai duta telah bermula pada Disember 2019 dan akan dapat dilihat sepanjang tahun 2020.

En. Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd
"Kami sangat gembira mengalu-alukan Janna Nick menyertai keluarga besar Vida kerana saya percaya Janna berjaya menonjolkan personaliti di sebalik jeama Vida itu sendiri. Vida menawarkan pasaran Malaysia minuman sparkling water dengan 3 kali lebih rendah gula berbanding jenama minuman lain dari kategori yang sama. Vida bangga memperkenalkan trend minuman berperisa dan tidak berwarna dari Jepun tanpa menjejaskan rasa dan kualiti ke pasaran Malaysia.

Pelantikan Janna Nick sebagai duta kami adalah strategi agar Vida dapat menembusi lagi pasaran Malaysia. Objektif jenama dan produk Vida di Malaysia adalah memberi penekanan kepada warisan, kualiti dan tenologi dari Jepun dan kami ingin berkongsi kelebihan yang ada pada Vida kepada semua. Kami ingin memberitahu umum bahawa VIDA adalah sparkling water dengan kandungan 3 kali lebih rendah gula berbanding jenama lain tanpa menjejaskan kualiti dan rasa.

Kerjasama Janna dengan kami sebenarnya bermula sejak beberapa bulan yang lalu. Kami terpesona dengan perkembangan kerjaya dan kehidupan peribadi Janna berkilau di dalam industri hiburan Malaysia. Kami percaya rasa dan kesegaran dalam setiap tin Vida sparkling water sesuai dengan gaya hidup Janna yang sentiasa on-the-go dan juga seiring dengan keperibadian Janna riang yang menyeronokkan. Kami di Vida dengan sumbangan kreatif dari Janna Nick akan memperkenalkan beberapa kempen yang kami bakal persembahkan kepada umum usai tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan ini ".

Janna Nick, Duta Vida
"Saya amat berbesar hati untuk dipilih sebagai duta Vida untuk tahun 2020. Kali pertama saya mencuba Vida adalah pada Januari tahun ini ketika sedang menjalani pengambaran sebuah drama. Faedah yang terdapat dalam Vida menarik erhatian saya untuk mencuba kerana Vida mengandungi 3 kali lebih rendah kandungan gula berbanding dengan jenama lain dan juga tiada pewarna. Sungguhpun begitu Vida tetap mengekalkan rasa penuh kualiti dan saya menikatinya tanpa rasa bersalah bila-bila masa di mana sahaja kerana ia sesuai dengan gaya hidup saya.


Seolah sudah tertulis, pihak pengurusan Vida menghubungi saya untuk mengadakan perbincangan dan saya segera berkata ya kepada mereka. Tuah ayam nampak dikaki, tuah saya ada pada tin Vida – itu yang boleh saya boleh katakan. Saya telah menjadi penggemar Vida sejak kali pertama membeli Vida dan saya telah semakin mencintai jenama dari masa ke masa kerana nilai produknya, visi dan falsafah sejajar dengan nilai saya sebagai seorang wanita dalam industri hiburan tanahair. Saya benar-benar merasa terharu dan berterima kasih kerana Vida memilih saya menjadi duta pertama jenama untuk tahun 2020."

DyDo DRINCO, INC ('DyDo'), salah satu pengeluar minuman bebas alkohol yang terkemuka di Jepun dan berhasrat untuk mengubah landskap perniagaan minuman di Malaysia. Semua minuman DyDo adalah diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melalui kriteria penyelidikan yang berkualiti tinggi menggunakan teknologi canggih farmasi Kumpulan DyDo iaitu DAIDO Pharmaceuticals Corporation (DAIDO Pharmaceuticals).

DAIDO Pharmaceuticals mampu menghasilkan produk terkini seperti suplemen kecantikan dan minuman antioksidan untuk memenuhi trend semasa.

Senarai produk semasa di bawah DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd 
  • YOBICK 
  • BEFINE 
  • VIDA 
  • NYU