Home Ash Review 10 Produk Probiotik Pilihan Malaysia
Home Ash Review 10 Produk Probiotik Pilihan Malaysia

10 Produk Probiotik Pilihan Malaysia


Jom cerita tentang probiotik dalam usus kita, probiotik adalah bakteria baik yang biasa terdapat dalam keluarga Lactobacillus dan Bifidobacterium yang hidup di usus kita untuk memberi manfaat kesihatan apabila dimakan dengan secukupnya. Probiotik ini boleh didapati dalam makanan seperti yogurt, krim masam, susu kultur, dan susu fermentasi, dan kini probiotik tersedia sebagai makanan tambahan untuk pengambilan mudah anda.

Pada dasarnya, probiotik usus membantu meningkatkan kesihatan usus dan memastikan usus anda berfungsi dengan baik. Ia membantu melawan bakteria jahat untuk mengimbangi apa yang kita sebut mikrobiota yang merupakan dunia mikroorganisma yang seharusnya mempunyai bakteria baik dan buruk yang seimbang. Usus pencernaan yang seimbang dan sihat harus terdiri daripada 85% bakteria baik dan 15% bakteria jahat.

Kami telah menyenaraikan 10 jenama probiotik pilihan yang boleh didapati di Malaysia untuk membantu anda membuat pilihan yang lebih baik untuk menjaga kesihatan usus anda:

1. Blackmores Probiotics+ Daily Health


Blackmores merupakan satu jenama yang amat popular dalam mencari makanan tambahan kita. Blackmores Probiotics+ Daily Health mempunyai jumlah bakteria baik sebanyak 30 billion yang terdiri daripada 5 strain dan juga prebiotik iaitu makanan bakteria yang membantu bakteria baik untuk hidup. Dalam banyak - banyak produk probiotik, Blackmores Probiotics+ Daily Health merupakan produk yang tidak perlu disimpan di tempat yang sejuk, sangat mudah untuk disimpan dan dimakan setiap hari.

Dapatkan sekarang di:

2. GKB Kids Probiotic + Vitamin C
GKB mempunyai produk probiotik yang sempurna untuk kanak – kanak bagi memastikan kesihatan usus yang lebih baik. Dengan GKB Kids Probiotic + Vitamin C, ia dapat meningkatkan aktiviti sel pembunuh semula jadi, percambahan limfosit, dan penghasilan antibodi untuk kesihatan anak anda yang lebih baik. Probiotik yang terdapat dalam produk ini adalah Lactobacillus Paracasei. GKB Kids Probiotic + Vitamin C adalah produk probiotik dalam bentuk butiran yang memudahkan kanak – kanak untuk menikmati terus dari paket atau bersama air dan rasa yang sangat enak. Produk ini juga disyorkan ahli farmasi dalam memastikan kesihatan usus yang lebih baik untuk kanak – kanak.

Dapatkan sekarang di:

3. LactoGG Probiotic
LactoGG adalah probiotik premium yang terdapat bakteria baik yang khas dan unik yang telah terbukti dapat meningkatkan kesihatan manusia. Strain probiotik LACTOGG® adalah strain probiotik yang asli dan spesifik yang diasingkan oleh dua saintis Boston, Prof Sherwood L. Gorbach dan Dr. Barry Goldin, pada tahun 1985, dari saluran usus subjek manusia yang sihat. Identiti "GG" dinamakan sempena dua penemuannya. Sesuai untuk orang dewasa dan kanak – kanak, LactoGG adalah produk probiotik yang sesuai untuk seisi keluarga dan disokong oleh doktor di hospital.

Dapatkan sekarang di:


4. USANA Probiotic


USANA Probiotic disahkan untuk menyediakan 12 bilion Unit Pembentukan Koloni (CFU) bakteria yang terbaik dan terbukti berkesan dalam kajian klinikal. Probiotik Plus USANA mengandungi Bifidobacterium, BB-12® dan Lactobacillus rhamnosus GG, LGG®, strain yang paling baik didokumentasikan untuk bertahan dalam transit melalui persekitaran perut yang keras dan berasid untuk menjajah usus. Probiotic Plus menggunakan sistem penghantaran canggih yang menjamin produk akan kekal berkesan sekurang-kurangnya 18 bulan apabila disimpan pada suhu bilik. Makanan tambahan Probiotic Plus USANA menyokong kesihatan pencernaan dengan gabungan probiotik unik yang membawa keseimbangan pada perut anda. USANA Probiotic merupakan produk MLM yang mudah didapati selain daripada di Shopee.

Dapatkan sekarang di:


5. GKB Probizymes

GKB Probizymes bukan sahaja mengandungi probiotik yang mempunyai bakteria baik Bifidobacterium Longum & Lactobacillus Rhamnosus, tetapi juga prebiotik yang merupakan makanan untuk bakteria bagi mengekalkan keseimbangan mikrobiota, dan tiga enzim untuk membantu pencernaan anda iaitu Enzim Karbohidrat, Enzim Protein dan Enzim Lipid. GKB Probizyme adalah makanan tambahan yang sempurna untuk memastikan kesihatan usus anda secara keseluruhan. GKB Probizymes juga disyorkan oleh doktor, ia mempunyai rasa yang sedap dan produk ini senang di makan. Produk GKB dihasilkan oleh syarikat kesihatan terkemuka di Taiwan, yang dikenali sebagai Grape King Bio. Syarikat ini juga merupakan salah satu daripada 10 pengeluar produk probiotik yang terbaik di dunia.

Dapatkan sekarang di:


6. Bio-Life AB Junior Pre & Probiotics
Sememangnya tidak ada banyak Probiotik untuk kanak – kanak selain GKB, Bio-Life juga telah menyediakan Prebiotik dan Probiotik yang sempurna dengan Bio-Life AB Junior Pre & Probiotics. Mudah diambil kerana ia dalam bentuk serbuk. Prebiotik juga disertakan untuk memastikan bakteria diberi makan dengan baik untuk menjaga keseimbangan usus anak anda supaya lebih sihat iaitu Inulin, sementara Lactobacillus acidophilus, dan Bifidobacterium lactis adalah strain probiotik yang dipilih bagi memastikan penjagaan usus anak anda dengan lebih baik.

Dapatkan sekarang di:


7. Lacto 5

Lacto-5 adalah produk Probiotik Malaysia pertama yang paling sesuai yang disyorkan di farmasi. Tidak perlu penyejukan. Ia membantu meningkatkan pencernaan, meredakan cirit-birit dan simptom sembelit, menguatkan sistem imun, mengurangkan intoleransi laktosa dan meningkatkan penyerapan mineral. Lacto-5 mempunyai 5 stran probiotik yang boleh mengekalkan kesihatan usus iaitu Lactobacillus acidophilus, Bacillus subtillis, Lactobacillus rhamnosus, Bifidobacterium longum dan Streptococcus thermophilus. Lacto-5 amat mudah untuk didapati di farmasi seperti Watsons dan Guardian, juga boleh dibeli secara online di Lazada dan Shopee.

Dapatkan sekarang di:


8. NowFoods Probiotic-10 25 Billion

Now Foods Probiotic-10 terdiri daripada 10 jenis probiotik yang mesra asid untuk memastikan kesihatan usus anda. Ia bebas susu, soya dan gluten yang sesuai untuk mereka yang alah kepadanya. Probiotik-10 menggunakan stran bakteria yang telah disahkan secara klinikal untuk menyokong fungsi sistem imun yang sihat. Satu lagi produk yang sempurna untuk menjaga kesihatan usus anda. Produk probiotik ini hanya boleh didapati di iHerb dan disyorkan antarabangsa namun setakat ini tiada kelulusan dari KKM mahupun Bahagian Regulatori Farmasi Negara Malaysia.

Dapatkan sekarang di:


9. 21st Century Probiotics

21st Century Probiotic terdapat dalam kapsul sayuran yang mudah bagi perut anda menghadam kapsul dan mengandungi empat jenis probiotik iaitu Lactobacillus Acidophilus, Lactobacillus Salivarius, Bifidobacterium Bifidum, Streptococcus Thermophilus. Yang membantu dalam memastikan kesihatan usus anda. 21st Century Probiotic dihasilkan di Amerika Syarikat dan kilang diaudit oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS ataupun Food & Drug Administration (FDA).

Dapatkan sekarang di:


10. Atomy Probiotics 10+
Probiotik dalam bentuk serbuk memberi anda pilihan terbaik dalam menjadikan pengambilan probiotik harian anda lebih mudah. Hanya campurkan dengan air atau tuangkan ke dalam mulut dengan mudah. Atomy Probiotics 10+ mengandungi 3 bilion probiotik dengan 13 jenis Lactobacilli dengan fungsi yang berbeza dicampur bersama. Atomy Probiotics+ merupakan salah satu produk MLM dengan harga yang berpatutan.

Dapatkan sekarang di:


Bagi mereka yang mungkin tertanya – tanya mengenai jumlah probiotik dalam setiap jenama, tidak ada jumlah bakteria yang tepat yang diperlukan kecuali ujian lebih lanjut dibuat ke badan anda dan / atau dicadangkan oleh doktor. Oleh itu, dalam setiap jenama yang kami senaraikan, jumlah probiotik dianggap sebagai jumlah yang baik dalam membantu mengimbangi mikrobiota usus anda. Probiotik menyeimbangkan mikrobiota di usus anda dan membantu untuk mencerna makanan dengan lebih baik, dan menjadikan tubuh anda sihat dengan memberikan sistem imun yang lebih baik.

Pastikan usus anda sihat untuk hari yang lebih baik dengan 10 pilihan jenama probiotik teratas yang boleh anda pilih dan dapati dengan mudah.

You May Also Like