Page Nav

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{latest}

Bank Islam Serah 3,190 PPE Dan Bantuan Kewangan Hampir RM73 Ribu Kepada Usahawan B40 Di Empat Buah Negeri

Haji Ismail A Ghani (dua dari kiri), Pengurus Pengguna Negeri (Negeri Sembilan/Melaka) Bank Islam, menyampaikan bantuan khas AMAL Prihat...

Haji Ismail A Ghani (dua dari kiri), Pengurus Pengguna Negeri (Negeri Sembilan/Melaka) Bank Islam, menyampaikan bantuan khas AMAL Prihatin COVID-19 kepada Zulyadain bin Limat (tiga dari kiri), Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kebajikan Produktif & Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.

Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) melalui cabang tanggungjawab korporatnya, AMAL, telah menyumbangkan sebanyak 3,190 set kelengkapan perlindungan diri (“PPE”) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit COVID-19 di beberapa buah hospital di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Abdullah Ibrahim (tiga dari kiri), Pengurus Wilayah Selatan Bank Islam, menyampaikan bantuan khas AMAL Prihatin COVID-19  kepada Mohd Shafiq bin Mat Said, (empat dari kiri )Penolong Pengarah Pembangunan Asnaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor.  

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, “Walaupun Malaysia kini sudah hampir berjaya mengurangkan kes jangkitan baharu COVID-19, tetapi kita masih belum menang, justeru, Bank Islam akan terus giat memainkan peranan dalam membantu memerangi pandemik COVID-19 ini.”

Dr Ismail Ali (tiga dari kiri), Pengarah Kesihatan Negeri Melaka menerima penyerahan set kelengkapan perlindungan diri (PPE) daripada wakil AMAL Bank Islam, Omar Atin (empat dari kiri) di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

“Bagi memastikan jumlah set PPE mencukupi untuk kegunaan petugas kesihatan di barisan hadapan, kami telah memperuntukkan dana khusus berjumlah hampir RM 100 ribu untuk aktiviti penghasilan PPE dengan kerjasama penghuni Penjara Penor, Pahang dan Penjara Wanita Kajang, Selangor. Mereka telah menyumbang tenaga dan kemahiran dalam menyiapkan jumlah PPE tersebut.

Timbalan Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Ismail bin Haji Barom (tengah) menerima sumbangan bantuan khas AMAL Prihatin COVID-19 daripada wakil AMAL Bank Islam, Omar Atin (dua dari kiri).

Dianggarkan lebih 5,000 set PPE dihasilkan oleh penghuni-penghuni Penjara Penor dan Penjara Wanita Kajang di bawah inisiatif AMAL Prihatin Covid-19. Tidak lupa juga, kami turut menyantuni usahawan mikro terpilih yang terjejas bagi membolehkan perniagaan mereka kembali pulih seperti biasa.” ujar Mohd Muazzam.

Abdullah Ibrahim, (kiri) Pengurus Wilayah Selatan Bank Islam, menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada Madi Umar (tengah) di Kampung Sri Jaya, Perling disaksikan oleh Mohd Shafiq bin Mat Said, Penolong Pengarah Pembangunan Asnaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Bank Islam telah memberi bantuan kewangan sejumlah RM72,750 kepada 291 usahawan mikro terpilih daripada golongan berpendapatan rendah (B40) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (“JKM”) Negeri Sembilan dan Melaka serta Majlis Agama Islam Negeri Johor (“MAIJ”).