Page Nav

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{latest}

Dilanda Banjir Besar Ketika Perintah Kawalan Pergerakan 2020, penduduk Batu 9, Cheras tanggung kerugian

Bak kata pepatah, sudah jatuh di timpa tangga, pada hari ke-14 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia, penduduk Batu 9,...

Bak kata pepatah, sudah jatuh di timpa tangga, pada hari ke-14 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia, penduduk Batu 9, Cheras dilanda musibah apabila berlakunya banjir besar pada 31 Mac 2020.

Kebanyakan penduduk di Kampung Sungai Raya disini adalah buruh dan peniaga kecil yang mengharapkan keuntungan dari perniagaan seharian mereka. Setelah PKP dijalankan, mereka hilang sumber pendapatan dan kini, mereka ditimpa pula dengan kepelbagaian kerugian harta benda seperti kereta, motosikal, lori, dan rumah yang ditenggelami serta dimasuki air banjir.


Batu 9, Cheras yang terletak di kawasan Hulu Langat merupakan salah satu Zon Merah yang dikesan berlakunya banyak kes jangkitan Covid-19. Oleh itu penduduk disini amat mengharapkan pihak ADUN dan Parlimen Hulu Langat dapat membela nasib penduduk dan kawasan yang dilanda banjir pada hari ini.

Penduduk juga memaklumkan banjir yang berlaku adalah diluar dugaan kerana hujan pada petang 31/3/2020 tidak begitu lebat dan ini berkemungkinan disebabkan oleh sistem peparitan daripada pembangunan kawasan berdekatan yang memberikan impak sehingga berlakunya banjir.

DILAPORKAN OLEH Syafiq Amsir