Page Nav

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{latest}

Bank Islam Hargai Jasa & Pengorbanan Guru Serta Jururawat

(Tengah) Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam bersama-sama dengan para pemenang ‘Kempen Hari Guru dan Jururawat...



(Tengah) Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam bersama-sama dengan para pemenang ‘Kempen Hari Guru dan Jururawat 2019’ di Menara Bank Islam.

Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") pada awal minggu ini menganjurkan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Kempen Hari Guru dan Jururawat 2019 di Menara Bank Islam, Kuala Lumpur. Sebanyak lima unit kereta PERODUA MyVi 1.3L Auto dan 85 baucar petrol bernilai RM500 setiap satu telah disampaikan kepada pelanggan Pembiayaan Peribadi-i terpilih dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Menara Bank Islam.

Menyempurnakan penyampaian hadiah tersebut kepada pemenang ialah Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Encik Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff, Ketua Pegawai Operasi, Bank Islam bersama Ketua Perbankan Pengguna Bank Islam, Encik Zamree Mohamed.

(Kiri) Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam bersama Puan Haliyaton Sapiah Binti Hanafi, salah seorang pemenang ‘Kempen Hari Guru dan Jururawat 2019’ di Menara Bank Islam.
Encik Mohd Muazzam berkata, “Bank Islam telah bersama-sama menyertai sambutan Hari Guru dan Hari Jururawat sejak tahun 2015. Ia adalah salah satu langkah kami untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh kumpulan tenaga kerja ini. Para guru dan jururawat adalah golongan yang senantiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan penganjuran kempen ini merupakan satu wadah bagi Bank Islam untuk melahirkan penghargaan, di samping membantu menyediakan akses kepada produk dan perkhidmatan perbankan patuh Shariah kepada mereka,” katanya pada majlis penyerahan hadiah utama Kempen Hari Guru dan Jururawat 2019 di Menara Bank Islam hari ini.

Beliau menambah, “Bank Islam turut menerapkan pendekatan Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) dalam perkhidmatannya dengan menganjurkan seminar-seminar kewangan, membantu menjayakan aktiviti Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) serta menaik taraf dan menambah baik kemudahan-kemudahan seperti surau di sekolah-sekolah demi manfaat komuniti sekitar. Bank Islam juga telah turut sama menjayakan sambutan Hari Guru di peringkat negeri dan Hari Jururawat di hospital-hospital”

Kempen Hari Guru dan Jururawat 2019 Bank Islam telah bermula dari 1 April hingga 31 Julai lalu bersempena sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Kebangsaan pada 12 Mei dan Hari Guru pada 16 Mei lalu.

Kempen selama empat bulan tersebut melibatkan pakej istimewa yang disediakan kepada guru- guru dan jururawat menerusi produk Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam. Ia juga terbuka kepada barisan pensyarah, doktor perubatan dan pergigian serta pembantu perubatan.

Para pemenang ‘Kempen Hari Guru dan Jururawat 2019’ masing-masing membawa pulang hadiah utama berupa PERODUA MyVi 1.3L Auto di Majlis Penyampaian Hadiah yang diadakan di Menara Bank Islam.
Menurut Encik Mohd Muazzam, penganjuran kempen berkenaan telah menerima sambutan yang memberangsangkan dan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan bagi Bank Islam.

“Kami telah mengambil pendekatan agresif dalam mempromosikan produk ini dan berjaya mengunjungi lebih 2,000 buah sekolah, 100 hospital dan 40 universiti di seluruh negara.

“Alhamdullilah, setakat ini, segmen pelanggan yang terdiri daripada guru-guru dan pensyarah telah meningkat sebanyak 8.51 peratus atau RM365 juta, manakala segmen jururawat menunjukkan perkembangan 13.31 peratus atau kira-kira RM73 juta dari segi agihan pembiayaan,” maklum beliau.

Kempen Hari Guru dan Jururawat 2019 Bank Islam menawarkan hadiah berjumlah RM292,500 yang berupa lima unit kereta PERODUA MyVi 1.3L Auto sebagai Hadiah Utama dan hadiah saguhati yang terdiri daripada 85 baucar petrol.

Pemenang-pemenang Hadiah Utama Kempen Hari Guru dan Jururawat 2019 ialah: