Home Covid-19 GSK GSK Consumer Healthcare Health Sensodyne Kembalikan Kenikmatan dengan Sensodyne Repair & Protect Deep Repair
Home Covid-19 GSK GSK Consumer Healthcare Health Sensodyne Kembalikan Kenikmatan dengan Sensodyne Repair & Protect Deep Repair

Kembalikan Kenikmatan dengan Sensodyne Repair & Protect Deep Repair

Sensodyne memperkenalkan ubat gigi Repair & Protect Deep Repair baru dengan teknologi NovaMin® bagi membantu mereka yang menghidap masalah gigi sensitif

Sensodyne, jenama Ubat Gigi Sensitif Nombor 1*, hari ini melancarkan kempen #ReclaimLifeSmallPleasures di Malaysia bagi memperkenalkan ubat gigi Repair & Protect Deep Repair terbarunya, membolehkan mereka yang menghidap masalah gigi sensitif merasai semula nikmat kehidupan tanpa perlu bimbang tentang gigi sensitif.

Bagi mereka yang menghidap masalah gigi sensitif, mereka bukan sahaja berdepan dengan ketidakselesaan, malah juga terpaksa berwaspada apabila mengambil makanan dan minuman dalam kehidupan seharian kerana bimbang ianya akan menyebabkan rasa tajam dan ngilu pada gigi. Perkara yang dianggap biasa seperti menikmati secawan teh tarik, teh boba ais atau menikmati aiskrim yang sejuk boleh bertukar menjadi pengalaman yang tidak menyenangkan, menyebabkan mereka tidak dapat merasai nikmat kehidupan yang sepenuhnya.

Setiap individu, termasuk mereka yang menghidap masalah gigi sensitif boleh mendapat manfaat daripada kempen #ReclaimLifeSmallPleasures oleh Sensodyne, dengan mempelajari dan meningkatkan lagi kesedaran mengenai langkah-langkah awal untuk mencegah masalah gigi sensitif agar dapat mengetahui apakah tindakan proaktif yang boleh diambil bagi melegakan gigi sensitif.

Ucapan pembukaan oleh Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia, Bryan Wong di majlis pelancaran maya kempen Sensodyne #ReclaimLifeSmallPleasures.
“Kami memahami bahawa ketidakselesaan yang disebabkan oleh gigi sensitif boleh menghalang kita daripada merasai nikmat kehidupan sepenuhnya. Ketika Malaysia mulai kembali normal dalam era pasca pandemik, kempen #ReclaimLifeSmallPleasures ini menyasarkan untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengutamakan penjagaan mulut dan menikmati setiap detik indah yang mereka lalui, tidak kira sama ada menerokai, mencuba dan merasai makanan setiap hari, tanpa perlu bimbang tentang gigi sensitif. Lagipun, hidup terlalu singkat untuk gigi sensitif,” ujar Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia, Bryan Wong.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh GSK Consumer Healthcare dan Ipsos mengenai impak COVID-19 ke atas tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna mendapati bahawa pengurangan kekerapan kunjungan ke klinik gigi semasa pandemik menjadi punca utama perubahan tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna di Asia Tenggara semasa tempoh ini1. Kajian itu turut mendapati bahawa kurang daripada suku responden (23%) mengakui menggunakan ubat gigi khusus bagi menangani masalah kesihatan mulut tertentu yang dihadapi oleh mereka(1).

Dr Norul Husna, mendidik penonton tentang punca-punca gigi sensitif.
Kajian Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) yang dijalankan oleh GSK Consumer Healthcare turut mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 rakyat Malaysia menghidap masalah gigi sensitif2. Di kalangan mereka yang menghidap masalah gigi sensitif di Malaysia, 39% menyedari masalah yang mereka hidapi, manakala 32% yang lain mengalami gejala sensitiviti tetapi tidak menyedari masalah yang dihidapi oleh mereka(2).

Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan rasa tajam atau ngilu pada gigi bagi mereka yang menghidap masalah gigi sensitif(3). Kajian Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) turut menunjukkan bahawa kebanyakan penghidap gigi sensitif mengalami ketidakselesaan pada gigi mereka apabila mereka memberus gigi (38%), daripada makanan yang terperangkap di antara gusi dan gigi palsu (33%), mengambil makanan dan minuman yang sejuk (58%), panas (23%), manis (31%), berasid atau masam (29%) dan pedas (15%)(2).

Tambah Wong, “Selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan, rakyat Malaysia digesa agar mengutamakan amalan penjagaan kesihatan mulut masing-masing dan mempelajari cara-cara untuk mengenal pasti dan menangani masalah gigi sensitif yang tidak diingini. Kami berharap menerusi kempen ini, para penghidap gigi sensitif boleh mendapat perlindungan yang mereka perlukan daripada Sensodyne.”

Pakar Peneraju Jualan dari GSK Consumer Healthcare Malaysia, Rachel Gan, berkongsi cara ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair berfungsi dalam melegakan gigi sensitif.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran masalah gigi sensitif di seluruh negara, kempen #ReclaimLifeSmallPleasures Sensodyne akan dilancarkan secara berperingkat mulai Januari 2022, dengan pelbagai kandungan hiburan bermaklumat dan pendidikan oleh profesional penjagaan kesihatan, pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial; yang disampaikan menerusi pelbagai platform termasuk portal dan saluran media sosial Sensodyne Malaysia, platform media tradisional dan digital. Sampel ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga boleh didapati di hampir 1,000 klinik pergigian di seluruh negara.

Kempen #ReclaimLifeSmallPleasures oleh Sensodyne berakhir dengan pengacara, Brandon Ho dan influencer, Sean Lee mengimbas kembali pembelajaran mengenai gigi sensitif dan cara-cara untuk melegakan gigi sensitif.
Mulai hari ini hingga 31 Januari 2022, GSK Flagship Store di Shopee akan mengadakan promosi istimewa dengan hanya RM10.00 untuk setiap pek ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair. Selain daripada itu, dengan pembelian minimum RM35 untuk semua produk Sensodyne, para pengguna juga akan menerima 10% POTONGAN tambahan dan baucar ShopeeFood bernilai RM5. Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya dan pasar raya hiper di seluruh Malaysia.

Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair menggunakan teknologi NovaMin® yang menembusi jauh ke dalam gigi bagi membaiki punca** gigi sensitif dan membentuk lapisan perlindungan yang terbukti secara klinikal dapat melegakan masalah gigi sensitif. Ia turut mengandungi fluorida yang membantu menguatkan enamel dan memberikan perlindungan harian untuk gigi sensitif, di samping menjaga kesihatan gigi dan gusi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sensodyne Repair & Protect Deep Repair dan cara untuk melegakan gigi sensitif, sila kunjungi sensodyne.com.my dan ikuti laman Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia.

Notes:
*Sumber: Nielsen Retail Audit Data, September 2020 – Ogos 2021
**Membentuk lapisan perlindungan pada bahagian sensitif gigi. Gosok gigi dua kali sehari untuk perlindungan daripada kesensitifan yang berpanjangan
(1) GSK Consumer Healthcare. Back to the dentist – new study highlights urgent need to tackle oral healthcare habits post COVID-19. 18 Mac 2021. Dipetik daripada pautan.
(2) GSK Consumer Healthcare. Sensodyne Southeast Asia & Taiwan Quantitative Research – Malaysia Market Session. September 2021.
(3) Sensodyne Malaysia. Symptoms of Sensitivity. Oktober 2021. Dipetik daripada pautan.

You May Also Like