Page Nav

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Hover

TRUE

LATEST UPDATE

latest

Resepi Rendang Daging Sedap dari Ayam Brand

Tempoh memasak: 2 jam Hidangan: 8 Bahan-bahan Rempah 3 bunga cengkih 3 bunga lawang 3 buah pelaga 2 asam jawa 5 daun limau purut di...


Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8

Bahan-bahan

Rempah
  • 3 bunga cengkih
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 2 asam jawa
  • 5 daun limau purut dihiris halus
  • 8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu besar gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Pes (kisar halus)
  • 2.5cm lengkuas, dihiris
  • 3 batang serai, akar sahaja, dihiris
  • 7 ulas bawang putih, dihiris
  • 6 bawang merah, dihiris
  • 2.5cm halia, dihiris
  • 12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Daging
  • 1kg daging lembu, dipotong kiub

Santan Kelapa
  • 1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 cawan air

Cara memasak
  • Kisar bahan pes menggunakan blender.
  • Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  • Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah.
  • Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
  • Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
  • Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka.
  • Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah.
  • Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering.
  • Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.