Responsive Ad Slot

Slider

Première Hotel Bawakan Jamuan Bufet Ramadan Kepada Pelanggan

Memperluaskan perkhidmatan penghantaran makanan sepanjang bulan Ramadan bagi pelanggan yang ingin berbuka puasa di kediaman sendiri dengan selamat
Memperluaskan perkhidmatan penghantaran makanan sepanjang bulan Ramadan bagi pelanggan yang ingin berbuka puasa di kediaman sendiri dengan selamat



Première Hotel Klang memperluaskan perkhidmatan penghantarannya sepanjang bulan Ramadan. Oleh itu, para peminat bufet Ramadan yang berada di rumah sepanjang bulan yang mulia ini, masih boleh menikmati makanan bufet di kediaman mereka sendiri.

Noor Hisham
“Tahun ini, kami menambah juadah seperti Ayam Bakar Pasu ke dalam menu, selain makanan ikonik negeri-negeri seperti Gulai Kawah Pak Long, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Ikan Patin Masak Lemak, Rendang Masam, Ikan Bakar, Char Kway Teow dan banyak lagi,” kata Chef Eksekutif Hotel Première, Noor Hisham Mohamed Yussof.

Ujar Noor Hisham, Ayam Pasu adalah sejenis ayam salai yang diperap semalaman dalam campuran rempah ratus dan kemudian dipanggang perlahan selama satu jam di dalam oven buatan yang menggunakan dua pasu bunga tanah liat bersaiz besar, bersama arang secara tradisional, menghasilkan rasa aromatik.

"Kaedah panggang ini memberikan rasa salai ayam yang sangat berbeza," tambahnya lagi.

Selain itu, pihak hotel juga mengambil inspirasi dari Coconut Shakes Klebang yang terkenal di Melaka dan mencipta campuran shake tersendiri iaitu Première Special Assorted Milk Shake, gabungan air kelapa segar dan isinya, ais krim vanila yang manis dan buah-buahan pilihan; sama ada kelapa, nanas, pisang, bahkan asam boi!

Pengurus Hotel Première, Christopher Chan menyatakan bahawa menu ini dapat dinikmati oleh pelanggan yang makan di restoran dan melalui penghantaran.

Dalam memperluaskan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan, pengurus hotel berkata, dengan norma baharu, pihak pengurusan menyedari terdapat beberapa pelanggan yang lebih suka berbuka puasa di rumah sendiri lebih selamat dengan orang tersayang.

Christopher Chan
"Dengan kelewatan semasa dalam perkhidmatan penghantaran makanan disebabkan kekurangan rider baru-baru ini, kami telah memutuskan untuk mengambil langkah proaktif dengan menghantar makanan itu sendiri supaya pelanggan kami dapat berbuka puasa dengan makanan perayaan kegemaran mereka,” tambah Chan lagi.

Penghantaran Set Ramadan berharga RM170nett untuk 2 orang, dan pelanggan boleh membuat pesanan awal, 1 hari sebelum, di 03-3325 6828 atau melalui WhatsApp 012-449 6258.

Perkhidmatan penghantaran makanan disediakan dari jam 3 petang hingga 6 petang dan penghantaran percuma bagi mereka yang berada dalam jarak 5 km dari hotel.

Untuk makan di restoran, pelanggan boleh menikmati juadah bufet dengan harga RM100nett setiap seorang.

Minggu lalu, Première Hotel Klang juga telah mengadakan acara buka puasa khas bersama lima keluarga kurang bernasib baik yang dicadangkan oleh ketua kampung, Kampung Jawa, Klang.

Sebilangan keluarga asnaf berikut merupakan dari isi rumah ibu tunggal, dan mempunyai ahli keluarga orang kelainan upaya.